Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda
Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda

Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda

Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda Raja (His Majesty's Naval Service) ialah perkhidmatan maritim dan peperangan laut United Kingdom.[1][2] Ia terdiri daripada Tentera Laut Diraja, Marin Diraja, Armada Auksiliari Diraja, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja, Pasukan Simpanan Marin Diraja dan Perkhidmatan Kerjaya Tentera Laut.[3] Perkhidmatan Angkatan Laut secara keseluruhannya terletak dibawah perintah Lembaga Tentera Laut, yang diketuai oleh First Sea Lord. Jawatan ini dipegang oleh Laksamana Sir Ben Key (dilantik November 2021).[4] Majlis Pertahanan mewakilkan pentadbiran Perkhidmatan Angkatan Laut kepada Lembaga Admiralti, dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan.Perkhidmatan Angkatan Laut didominasi oleh Royal Navy, dan beroperasi terutamanya dari tiga pangkalan di United Kingdom dimana kapal-kapal yang ditauliahkan berlabuh; Portsmouth, Clyde dan Devonport, yang terakhir merupakan pangkalan laut operasi terbesar di Eropah Barat. Sehingga April 2023, terdapat kira-kira 100 buah kapal beroperasi bersama pelbagai cawangan Perkhidmatan Angkatan Laut, ditambah hampir 100 kapal yang dikendalikan oleh Serco Marine Services. Kapal-kapal ini termasuklah: 70 kapal bertauliah Royal Navy, 17 kapal pendaratan utama Royal Marines, 13 kapal bantuan dari Armada Auksiliari Diraja dan hampir 100 kapal sokongan Marine Services.[5] Kapal-kapal tambahan adalah dibawah sewaan kepada Kementerian Pertahanan. Sehingga tahun 2022, HM Naval Service (Royal Navy, Royal Marines, Royal Fleet Auxiliary dan Naval Careers Service) menggaji kira-kira 39,500 anggota tetap dan simpanan.[6][7][8][9]Pada tahun 2020, First Sea Lord mengumumkan bahawa 'Naval Service' secara tidak rasmi akan dikenali sebagai 'Royal Navy'. Royal Navy telah dijadikan nama basahan bagi Naval Service sebagai sebahagian daripada program transformasi dengan kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Tentera Laut untuk mencerminkan kekuatan jenama Royal Navy dan membantu menyeragamkan ketumbukan itu.[10][11]Jumlah sesaran kapal Royal Navy dan Royal Fleet Auxiliary ialah, sehingga April 2023, melebihi 763,400 tan, manakala gabungan sesaran kapal pendaratan Royal Marine adalah lebih kurang 2,200 tan tambahan.

Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda

Rujukan

WikiPedia: Perkhidmatan Angkatan Laut Baginda http://www.royalnavy.mod.uk/~/media/royal%20navy%2... http://c69011.r11.cf3.rackcdn.com/eccb6c2c44bb44a9... https://www.royalnavy.mod.uk/-/media/royal-navy-re... https://www.royalnavy.mod.uk/our-organisation/mari... https://www.royalnavy.mod.uk/our-organisation/mari... https://www.royalnavy.mod.uk/-/media/royal-navy-re... https://www.gov.uk/government/news/vice-admiral-si... https://www.adsadvance.co.uk/serco-wins-200m-contr... https://www.navylookout.com/the-royal-fleet-auxili... https://www.statista.com/statistics/579991/number-...